Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kita sebagai umat Islam sentiasa beriktikad (percaya dan meyakini) bahawa segala kata-kata Rasulullah itu bukanlah hawa nafsu baginda, sesungguhnya ianya adalah wahyu dari Allah Taala (wama yantiku anil hawa, in hua illa wahyu yuha).
Maka dengan sebab itu, saya berpendapat Piagam/Sahifah Madinah adalah sesuatu yang digubal oleh Rasulullah yang sentiasa dipandu oleh Allah Taala dalam menggubalnya.
Maka tidak hairanlah jika kita tidak menemui sebarang kecacatan dan sebenarnya kita tidak mungkin akan menemui kecacatan pada Sahifah Madinah itu. Ini kerana Allah sebagai "khalik" lebih mengetahui apa yang tidak kita sebagai "Makhluk" ketahui kerana dialah yang menciptakan kita semua dan dialah juga yang mengaturkan segalanya.
Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.
Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustur al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.
Antara matlamat utama Piagam Madinah ialah untuk membentuk persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutamanya Yahudi. Dengan sebab itulah wujudnya hak Kebebasan beragama di dalam Piagam Madinah itu. Malah, di dalam Piagam itu juga menyatakan tanggungjawab negara terhadap orang-orang bukan Islam yang berada di Madinah.
Fasal 25 Sahifah Madinah menyatakan; Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri.
Jelaslah bahawa Sahifah Madinah memberi kebebasan beragama seluas-luasnya kepada orang-orang bukan Islam dan orang-orang Islam yang berada di bawah pemerintahan Negara Islam di mana Rasulullah sebagai Ketua Negaranya.
Gambar ini hanya sekadar hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.
Dalam membincangkan isu Islam dan Agama lain menurut Perlembagaan Persekutuan (FC) pula , saya akan hanya menyentuh kepada 2 Peruntukan FC iaitu Perkara 3 dan 11.
Pertamanya, saya amat tertarik kepada Perlembagaan Persekutuan (FC) yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan pada Perkara 3. Ia seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa FC lebih hebat dan lebih bercirikan keIslaman dari Sahifah Madinah kerana sahifah Madinah sama sekali tidak menyatakan Islam sebagai Agama bagi Madinah.Perkara 3 FC menyatakan;
(1) Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.
(2) In every State other than States not having a Ruler the position of the Ruler as the Head of the religion of Islam in his State in the manner and to the extent acknowledged and declared by the Constitution of that State, and, subject to that Constitution, all rights, privileges, prerogatives and powers enjoyed by him as Head of that religion, are unaffected and unimpaired; but in any acts, observances of ceremonies with respect to which the Conference of Rulers has agreed that they should extend to the Federation as a whole each of the other Rulers shall in his capacity of Head of the religion of Islam authorize the Yang di-Pertuan Agong to represent him.
(3) The Constitution of the States of Malacca, Penang, Sabah and Sarawak shall each make provision for conferring on the Yang di-Pertuan Agong the position of Head of the religion of Islam in that State.
(4) Nothing in this Article derogates from any other provision of this Constitution.
(5) Notwithstanding anything in this Constitution the Yang di-Pertuan Agong shall be the head of the religion of Islam in the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya; and for this purpose Parliament may be law make provisions for regulating Islamic religious affairs and for constituting a Council to advise the Yang di-Pertuan Agong in matters relating to the religion of Islam.
Cuba kita fahami sedalam-dalamnya erti sebenar "Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation" berbanding fasal 25 sahifah Madinah.
Yang manakah akan menampakkan lebih adil pada pandangan pelbagai agama dan pengganutnya, antara Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan Fasal 25 Sahifah Madinah.
Saya yakin dan percaya walaupun Rasulullah tidak memasukkan "Islam adalah agama bagi madinah" dalam sahifah Madinah ada sebabnya dan hanya Allah dan Rasullnya sahaja yang mengetahui, tetapi yang nyatanya, tiada sesiapa pun berani mengatakan Sahifah itu tidak bercirikan Islam.
Saya serahkan kepada anda semua untuk menilainya kembali.
Seterusnya, amat malanglah bagi kita yang sekian lama menyatakan dalam perlembagaan kita " Islam is the religion of the Federation" tetapi kita tidak tahu dimana kita letakkan Islam itu. Hebat pada kertas, tetapi tidak pada pelaksanaannya.
Sekali lagi saya serahkan kepada anda semua untuk menilainya.
Kita lihat pula kepada Perkara 11 yang menjelaskan tentang apa itu kebebasan beragama (Freedom of religion) - yang dimaksudkan oleh ayat "other religions may be practised in peace and harmony" pada subperkara 3(1) . Perkara 11 FC menyatakan ;
(1) Every person has the right to profess and practise his religion and, subject to Clause (4), to propagate it.
(2) No person shall be compelled to pay any tax the proceeds of which are specially allocated in whole or in part for the purposes of a religion other than his own.
(3) Every religious group has the right—
(a) to manage its own religious affairs;
(b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes; and
(c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law.
(4) State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.
(5) This Article does not authorize any act contrary to any general law relating to public order, public health or morality.
Lihatlah, bertapa hebatnya Agama Islam dan orang-orang Islam dimana ia di lindungi oleh Perlembagaan dari segala bentuk ancaman pengembagan dari agama lain sepertimana yang dinyatakan dalam subPerkara 11(4) yang bermakna " Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam."
Secara ringkasnya Perkara 11 FC menyatakan bahawa orang-orang bukan Islam dijamin oleh FC dari segi hak kebebasan menganuti dan mengamalkan agama mereka tetapi segala kebebasan itu ada batasannya iaitu tidak boleh sama sekali bagi tujuan mengembangkannya kepada orang-orang Islam.
Peruntukan Perkara 11 FC, sama sekali saya tidak temui dari segi makna atau maksudnya di dalam Sahifah Madinah yang mana sahifah itu buat sekian lamanya di anggap sebagai Perlembagaan sebuah Negara Islam yang terbaik di dunia selama ini dan ianya telah menjadi rujukan kepada pengajian Perlembagaan di seluruh dunia.
Yang menariknya, Piagam Madinah digubal ketika mana Islam baru berusia tidak sampai 11 tahun tetapi Rasulullah dengan beraninya memasukkan Fasal 25 tanpa sebarang perlindungan terhadap pengembangan agama lain terutama dari Yahudi seperti mana perlindungan yang diberikan kepada Agama Islam dan Orang Islam seperti di dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Saya sering berfikir dan akan terus berfikir, kenapa dan mengapakah Rasulullah tidak memasukkan di dalam fasal 25 atau mana-mana fasal yang lain dalam sahifah Madinah berkaitan dengan penyekatan pengembangan agama lain terhadap umat Islam Madinah seperti mana Perlembagaan Persekutuan.
Adakah Rasulullah tidak bimbang dengan pengembangan agama lain terhadap umat-umat Islam Madinah walhal Islam pada ketika itu baru berusia kurang dari 11 tahun.
Maka saya pun berfikirlah, apa sebenarnya yang berlaku kepada orang-orang Islam ketika Perlembagaan Persekutuan kita digubal dan apakah yang kita bimbangkan ketika itu. Kenapa dan mengapa Perkara 11 FC menyatakannya sedemikian dan ianya tidak dipinda?.
Adakah semasa Perlembagaan itu digubal, Iman kita masih lemah walau pun kita dilahirkan sebagai Muslim dan pada ketika itu majoriti Muslim sudah pun berusia lebih dari 11 tahun yang mana lebih berusia dari usia Islam ketika Sahifah Madinah digubal.
Saya bukan sekadar percaya, malah saya yakin bahawa kebanyakan dari kita semenjak Perlembagaan wujud sehinggalah hari ini (lebih kurang 54 tahun) hanya beriman pada rukun iman yang enam dalam erti makna "percaya" tapi tidak "meyakini" ,kerana, itulah selama ini yang di ajarkan kepada kita. Apa yang diajarkan kepada kita ialah Iman bererti "percaya" walhal Iman bukan sekadar percaya malah mesti meyakini.
Akhir kalam, saya berharap anda semua tidaklah mengatakan bahawa saya tidak mempertahankan Islam dan mahukan Perlembagaan itu di pinda, tetapi saya memohon agar anda cuba fikirkan apa maksud sebenar saya menyatakan hal ini.
Sama-samalah kita fikirkan apa yang saya sedang fikir-fikirkan kerana bagi saya "berfikirlah dengan betul, walaupun apa yang kita fikirkan itu mungkin tidak betul"
Wallah hu a'lam...
Dwen Puyau Chambers
Harap-harap tak ada yg angin bila aku bubuh gambar nie...
salam, saya amik sikit info kat sini tok rujukan ye^^.terima kasih
BalasPadam