Ahad, 11 Julai 2010

4 Juta punya cerita...

Pada 19 Februari 2008, Bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengakui keputusan beliau untuk bertanding menentang calon UMNO pada pilihan raya umum akan datang disebabkan dendam kesumatnya yang belum padam terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).
Sidang akhbar Ibrahim itu juga tegang seketika apabila beliau ‘naik angin’ terhadap seorang wartawan yang bertanya sama ada laluan yang diberikan oleh Pas untuk bertanding kerusi itu melibatkan pemberian wang kepada parti tersebut.
Beliau yang berang dengan soalan yang dianggap cuba menjejaskan kewibawaannya serta memberi gambaran buruk terhadapnya bertindak merampas alat perakam suara milik seorang wartawan lalu mencampakkannyaSebelum itu, Naib Presiden Pas ketika itu, Datuk Husam Musa mengumumkan, Pas memberi laluan kepada bekas Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan untuk bertanding kerusi Parlimen tersebut. Bacaan lanjut lihat sini; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Itu semua cerita lama dan dah ramai orang lupa. Yang jelasnya ,sekarang ini Datuk Ibrahim Ali “bagai kacang lupakan kulit”. Lihat sini pula; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm
Namun ana ucap tahniah kepada beliau kerana sudah mempunyai ramai pengikut yang berpartikan “Bebas” dan mempunyai kerusi Ahli Parlimen lebih banyak dari parti-parti kompenen BN seperti Gerakan, MIC, MCA dan PPP. Nampak gayanya “Bebas “ bolehlah memohon untuk menjadi parti kompenan kepada BN dan layak untuk memperolehi jawatan Menteri berbanding parti komponen-komponen yang lain. baca sini: http://www.facebook.com/photo.php?pid=196310&id=1754932802
Hari ini Husam berkata dalam blognya “cetusan-hati.blogspot.com” yang bertajuk “murahnya nak-jatuhkan pm kita” bagi menjelaskan kedudukan sebenar wang 4 juta itu.
Tulisan beliau itu memperlihatkan betapa mudahnya untuk menjatuhkan seorang PM jika hanya memerlukan RM4 juta sahaja untuk berbuat demikian sebagaimana yang didakwa Kickdefella, beliau diamanahkan RM4 juta untuk jatuhkan Pak Lah dan terbukti lepas itu Pak Lah jatuh dan digantikan denga Najib.
Wow..... baru ana faham.... kalau ana ada 4 juta ana boleh jatuhkan seseorang PM. Rupa-rupanya kos untuk jatuhkan seorang PM hanya bernilai RM 4 juta sahaja.
Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.
Kata husam lagi “Setengah orang, mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah.”. lihat sini; http://cetusan-hati.blogspot.com/2010/04/murahnya-nak-jatuhkan-pm-kita.html
Bagi Ana pula ianya lebih murah dari untuk mendapatkan kemenangan dalam PRK. Nampak gayanya dengan menggunakan bloggers ianya lebih efisyen bak orang kata “Best value for money”.
PRU akan tiba kurang dari 2 tahun lagi. Ana rasa eloklah kita pakat-pakat kumpul dana biar sampai cukup RM 66 juta. Sebabnya UMNO Kelantan ada mengulas, bagaimana besarnya belanja yang digunakan untuk tewaskan UMNO Kelantan. Empat juta.
Kalau dengan empat juta rancangan Datuk Mustapha tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, rasanya, tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja UMNO belanja entah berapa ratusan juta.


Tapi untuk tewaskan UMNO satu negeri, belanja empat juta dah cukup kira jimat dan hebat. Kalau begitu, mari kita pakat-pakat kumpul duit, satu negeri RM 4 juta dan upah bloggers yang “perasan hebat” macam Syed Azidi atau nama penanya “Kickdefella” untuk kalahkan UMNO dalam PRU akan datang.