Selasa, 8 Jun 2010

Antara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah - Fikirkanlah


Mungkin kali ini sahabat-sahabat akan bertanya. Apa benda pula yang ana nak “ngomelkan” dalam blog ana kali ini. Ana nak ajak teman-teman dan sahabat handai ana untuk memikirkan sesuatu yang patut kita ubah agar keadaan sebegini tidak akan terus berterusan.


Sebagai permulaan, Ana sering tertanya-tanya, bilakah ana akan belajar parkara Fardhu Ain secara mendalam. Semenjak kecil ana hanya di ajar Kursus al-Quran dan Fardhu Ain melalui sistem pelajaran yang formal yang hanya diajarkan perkara asas sahaja. Apabila memasuki sekolah menengah pun masih mempelajari asas-asas fardhu ain lagi Cuma ditambah dalam bab Haji. Ana terfikir, bilakah ana akan belajar perkara-perkara yang bukan asas dalam fardhu ain.
Adakah fardhu ain itu tidak penting sehinggakan kita hanya mempelajari asas-asasnya sahaja ?. Apabila melangkahkan kaki ke IPTA, kita sudah tidak lagi mempelajari perkara-perkara fardhu ain atas anggapan ilmu fardhu ain yang dibekalkan sudah pun mencukupi. Saya sering berfikir, adakah ilmu dalam perkara-perkara fardhu ain yang saya miliki sudah mencukupi ?.
Satu ketika, Ana pernah ditanya oleh sekumpulan guru agama dari sebuah Sekolah Menengah Agama berkaitan dengan satu persoalan Fardhu Ain. Soalannya begini; Bolehkah menyamak kulit binatang dengan menggunakan najis burung merpati kerana ianya najis?. Ana tersenyum dengan soalan yang dikemukakan oleh mereka. Dalam fikiran ana, agak mustahil jika mereka tidak mengetahui hukum sedemikian itu sedangkan ianya juga adalah fardhu ain.
Adakah guru-guru agama kita juga hanya mempelajari asas-asas fardhu ain seperti kita juga seperti mana di sekolah dan tidak mempelajarinya secara mendalam apabila masuk ke IPTA?. Apakah yang mereka pelajari di IPTA ketika mengambil Ijazah dalam Syariah, Usuluddin, mahu pun Pengajian Islam(Dirasat Islami)?. Muamalat, Munakahat, atau Jinayat ?. Kalau begitu, nampaknya kita menganggap pengajian kita dalam fardhu ain sudah pun mencukupi, sedangkan dalam pengetahuan ana, apa yang kita pelajari di sekolah hanyalah asas-asas fardhu ain sahaja.
Pada Ana juga, dalam waktu yang sama kita mempelajari Fardhu kifayah sangat mendalam. Dengan sebab itu ramai dikalangan kita mampu menjawab persoalan Fardhu kifayah dengan jelas dan terperinci, tetapi bila ditanyakan persoalan fardhu ain keadaan kita adalah sebaliknya. Belajar undang-undang itu fardhu kifayah, politik pun fardhu kifayah, begitu juga ilmu-ilmu yang lain seperti kaunseling, ekonomi, perakaunan, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya.
Bukan Ana nak kata ilmu-ilmu fardhu kifayah itu tidak penting. Pada ana antara fardhu ain dan fardhu kifayah itu sama penting atas alasan kedua-duanya adalah satu ‘Kefardhuan” . Ana percaya, jika ditanya apa erti fardhu ain dan fardhu kifayah, kebanyakan dikalangan kita pasti mampu menjawabnya mengikut pengertian klasik yang di ajar kepada kita sejak kecil hingga sekarang iaitu: Fardhu ain “satu kewajipan ke atas semua orang untuk mengerjakannya, manakala fardhu kifayah “seorang buat, yang lain tak payah”.

Cuba kita fikirkan, adakah kita terlalu mementingkan ilmu-ilmu fardhu kifayah sehingga kita lupa bahawa ilmu fardhu ain kita sebenarnya tidaklah seberapa sehinggakan hendak mengajar anak-anak kita dalam perkara fardhu ain pun kita tak mampu.Apa sebenarnya yang kita kejar di dunia ini? Kebahagian dunia atau akhirat atau kedua-duanya?. Takkanlah ketika berusia 58





tahun baru kita nak sedar bahawa kita ini masih banyak kekurangan dalam ilmu fardhu ain. Itu pun jika umur kita dipanjang ke tahap itu. Ketika itu barulah kita bersungguh-sungguh untuk belajar sebab nikmat dunia sudah kita perolehi selama 58 tahun. Ayat lembutnya, mungkin ketika itu baru kita terfikir bahawa kita sudah tidak lama lagi di dunia dan perlu beribadat dengan betul dengan mempelajari fardhu Ain bersungguh-sungguh.Ingatlah, kematian itu tidak mengenal usia, pangkat, keilmuan dan sebagainya. Kita menuntut ilmu bukan untuk bekalan didalam kubur, tetapi untuk beramal di atas dunia ini dengan ilmu kita. Oleh itu, berfikirlah, adakah kita mahu mempelajari fardhu ain ketika dihujung usia (sisa-sisa hidup) yang hanya sempat digunakan hanya beberapa ketika sahaja atau kita mulakan untuk mempelajarinya secara mendalam mulai saat ini. Tepuklah dada, tanyalah diri masing-masing.




“Berfikirlah setiap masa, Mengkeritik tidak bererti kita menentang, Menegur pula tidaklah bererti membenci dan berbeza pendapat adalah kawan untuk berfikir yang baik.”

Khamis, 3 Jun 2010

Semoga Allah Melapangkan dada kita



Hari ini ana nak bercerita tentang satu kisah. Ana serahkan kepada sahabat-sahabat untuk mentafsirkan kisah ini mengikut selera masing-masing dan mengikut keupayaan pemahaman masing-masing. Kisah ini tidak ada kaitan dengan sesiapa dan jika ada kaitan ianya hanyalah secara kebetulan sahaja seperti mana padamnya api sembahan majusi ketika kelahiran nabi Muhammad s.a.w. (tentang kisah api majusi ni kalau ada yang kata bukan kebetulan – terserahlah)

Kisahnya begini. Di hikayatkan ketika Aceh mendapat pengiktirafan sebagai wilayah autonomi Islam maka ulil amri, pemimpin masyarakatnya serta para ulamanya pun berusahalah untuk mendaulatkan Islam sebagai perundangan di wilayah (provinsi) itu. Maka seluruh ketua-ketua 17 kabupaten yang ada pun berkumpul untuk membuat perundangan Islam.

Akhirnya, berjayalah mereka membuat undang-undang Islam untuk dilaksanakan di wilayah autonomi Islam itu tanpa gangguan dari Negara Indonesia.

Dalam sistem perundangan mereka, Ulil Amri(Gabenor) di samping menjadi ketua pentadbiran dia juga adalah menjadi Ketua kepada Agama Islam di sana. Maka dalam perundangan mereka, mereka telah pun memasukkan peruntukan bahawa Gabenor mempunyai kuasa untuk memberikan pengampunan dalam kes-kes jenayah.

Gabenor provinsi wilayah autonomi Islam ini amatlah berkuasa dan digeruni oleh penduduk, ketua-ketua kabupaten, pegawai-pegawai kerajaan dan para “ular dalam semak”.

Di ceritakan juga (ana pun tak tahu riwayatnya betul atau tiadak dari segi sanad dan matannya) suatu hari, sepasang lelaki dan perempuan yang merupakan penduduk wilayah itu telah ditangkap kerana melakukan kesalahan berzina. Kedua-duanya dituduh dimahkamah dan akhirnya kedua-dua mereka disabitkan kesalahan atas pengakuan salah mereka.

Ketika itu mahkamah pun menjatuhkan hukuman sebatan terhadap kedua-duanya. Mujurlah hukuman sebatan di wilayah itu tidak terikat peklaksanaannya di dalam penjara, malah hukuman sebatan hendaklah dijalankan di khalayak. Kalau tidak, maka menjadi persoalan juga kerana hukuman tidak dibersamakan dengan hukuman penjara sepertimana kehendak undang-undang yang terdahulu yang telah pun di mansuhkan.

Sebaik sahaja hukuman di jatuhkan terhadap kedua-duanya, tak semena-mena, sekumpulan pertubuhan wanita di wilayah itu yang mendakwa mereka adalah pejuang kepada hak asasi wanita Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita Islam menentang hukuman tersebut atas alasan hukuman itu satu pendiskriminasian terhadap wanita Islam.

Kumpulan Wanita itu yang mengelarkan kumpulan mereka sebagai “Persaudaraan Wanita Dalam Islam” itu telah meminta mahkamah menyemak semula hukuman yang telah dijatuhkan itu dengan alas an hukuman sebatan itu adalah kejam dan satu penganiayaan terhadap wanita-wanita Islam.

Atas desakan itu, maka kes tersebut telah dirujuk ke Mahkamah Banding (Mahkamah Rayuan), namum Mahkamah Banding tetap mengekalkan keputusan dan hukuman mahkamah yang membicarakan kes itu.

“Persaudaraan Wanita Dalam Islam” tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan mengatakan mahkamah telah mendiskriminasikan wanita kerana kelima-lima hakim di mahkamah Banding itu kesemuanya lelaki.

Mereka mendakwa “oleh kerana kesemua hakim-hakim itu lelaki, ianya satu keputusan yang tidak adil terhadap wanita atas alasan wujudnya diskriminasi gander”. Mereka telah membawa dengan pelbagai hujah didalam forum-forum dan rapat-rapat umum yang mereka anjurkan.

Walaupun “Persaudaraan Wanita Dalam Islam” ini ahlinya hanya sedikit sahaja, namum ada dikalangan ahli-ahlinya mempunyai hubung kait dengan para pemimpin kabupaten-kabupaten yang ada di wilayah autonomi Islam itu.

Dengan rangkaian yang ada pada mereka, mereka tidak berhenti-henti mendesak para pemimpin agar mencampuru urusan mahkamah itu dengan hasrat pesalah wanita itu tidak dijatuhkan hukuman sebatan.
Akhirnya, akibat dari desakan yang kuat dari “Persaudaraan Wanita Dalam Islam”, maka kes itu telah pun dirujuk kepada Ulil Amri (Gabenor) supaya di berikan pengampunan.

Yang anehnya, pesalah wanita itu sama sekali tidak berkehendakkan kesnya di buat pengampunan kerana dia ingin menjalani hukuman dengan segera. Dia berbuat demikian kerana ingin memberikan pengajaran kepada orang lain agar tidak mengulangi kesalahan yang serupa.

Walau pun kes untuk pengampunan itu tidak direstui oleh pesalah wanita itu, dan dia enggan membuat permohoan pengampunan, namun kes itu tetap diteruskan kerana desakan yang kuat dari “Persaudaraan Wanita Dalam Islam”.

Gabenor Wilayah memohon tempoh beberapa purnama untuk mengkaji serta meneliti aspek-aspek perundangan bagi membolehkan dia memberikan pengampunan. Maka Tuan Gabenor pun memanggil ahli-ahli perundangan, pemimpin-peminpin kabupaten serta ‘ular-ular dalam semak’ untuk memberikan nasihat kepadanya.

Tuan Gabenor mengatakan kepada semua yang hadir bahawa dia berhasrat untuk memberikan pengampunan kepada pesalah wanita itu dan dia mahukan nasihat-nasihat bagaimana dia boleh berbuat demikian agar penduduk-penduduk tidak mempertikaikan keputusannya.

Maka pelbagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli perundangan, pemimpin-peminpin kabupaten serta ‘ular-ular dalam semak’ dan akhirnya mereka bersepakat untuk bersetuju bahawa “Tuan Gabenor adalah sebagai Ulil Amri dan Ketua Agama Islam bagi Wilayah itu, mempunyai kuasa budi bicara menurut Perlembagaan dan Undang-undang Islam yang terpakai di Wilayah itu untuk memberikan pengampunan kepada mana-mana pesalah Jenayah di bawah Undang-undang Islam walaupun pesalah itu tidak memohon berbuat sedemikian”.



Keputusan sebulat suara itu telah diputusakan akan diisytiharkan sepurnama lagi. Namun dengan kuasa Allah yang Maha Bijaksana , maha adil lagi Maha Mengetahui, berita tentang keputusan yang bakal diisytiharkan itu telah sampai ke pengetahuan seorang kiyai yang berketurunan dari “Wali Songo”. Alangkah dukacitanya, kiyai itu bila mendengar keputusan sedemikian. Sebenarnya, Kiyai itu seorang yang sangat baik dan rapat dengan bapa kepada Gabenor itu.

Maka, keesokan harinya, kiyai tersebut pergilah ke Banda Aceh untuk memohon perkenan mengadap Tuan Gabenor Wilayah bagi menyampaikan kedukacitaannya terhadap keputusan tersebut.

Oleh kerana Tuan Gabenor sangat menghormati Kiyai tersebut dan dia sudah lama tidak bertemu dengan kiyai itu, maka Tuan Gabenor sangat gembira dengan berita kedatangan kiyai itu. Tuan Gabenor pun membenarkan Kiyai itu datang bertemu dengannya.

Taatkala mereka bertemu, maka tenpancar kegembiraan yang amat sangat diwajah-wajah mereka berdua. Mereka saling bertukar khabar berita, maklumlah, dah lama tak jumpa....

Selepas berlalu masa, maka Kiyai ini pun ingin menyatakan hasrat sebenar kedatangannya kepada Tuan Gabenor. Maka dia pun membuka kalamnya:

Kiyai : Tuan Gabenor !, sebenarnya saya datang ini membawa hajat.

Tuan Gabenor: Hajat apa wahai Bapak Kiyai ?. Kalau saya mampu menyempurnakannya akan aku sempurnakan.

Kiyai: Begini Tuan! Saya mendengar khabar bahawa ada seorang wanita telah dijatuhkan hukuman sebatan atas kesalahan berzina. Betulkan khabar itu wahai Tuan?.

Tuan Gabenor: Benar Pak Kiyai.

Kiyai: Tuan yang saya kasihi! Saya juga mendapat khabar bahawa wanita itu akan diberikan pengampunan oleh Tuan. Benarkah khabar tersebut?

Tuan Gabenor: Benar Pak Kiyai.

Kiyai: Tuan yang bijaksana! Maafkan saya jika saya ingin bertanya sedikit soalan pada Tuan, Saya tiada niat untuk mempersoalkan tindakan Tuan dalam kes itu.

Tuan Gabenor: Silakan wahai Pak Kiyai. Saya sedia untuk menjawab soalan Pak Kiyai jika saya mampu untuk menjawabnya. Pak Kiyai jangan bimbang, saya berjanji saya tidak akan berasa tersinggung dengan soalan-soalan Pak Kiyai.

Kiyai : Begini tuan! Saya juga mendapat khabar bahawa pesalah itu tidak membuat sebarang permohonan untuk pengampunan dari Tuan? Benarkah khabar ini?

Tuan Gabenor: Benar Pak Kiyai.

Kiyai : Maafkan saya Tuan Gabenor! Saya sanjungi sifat tuan yang begitu pengasih dan mengasihani orang lain. Sifat tuan ini sangat-sangat Allah suka kerana Allah juga bersifat pengasih lagi maha mengasihani.

Tuan Gabenor : Terima kasih atas pujian Pak Kiyai ( Tuan gabenor sambil tersenyum lebar dengan pujian yang diberikan kepadanya)

Kiyai: Tuan Gabenor ! Maafkan saya atas soalan ini. Atas sebab apakah tuan memberikan pengampunan kepada pesalah wanita itu sedangkan dia tidak pun membuat permohoan untuk di ampunkan?. Maafkan saya Tuan jika soalan ini menyebabkan tuan tersinggung.

Tuan Gabenor: Tidak mengapa Pak Kiyai. Pak Kiyai tak bersalah disebabkan bertanya soalan sedemikian. Begini Pak Kiyai. Mungkin Pak Kiyai kurang arifnya tentang undang-undang. Jadi, saya perjelaskan disini bahawa saya telah dinasihati oleh ahli-ahli perundangan, pemimpin-peminpin kabupaten serta ‘ular-ular dalam semak’ dalam membuat keputusan tersebut. Ini kerana mereka telah katakana kepada saya bahawa saya sebagai Ulil Amri (Gabenor) dan menjadi Ketua Agama di wilayah ini mempunyai kuasa berbuat sedimikian walaupun pesalah itu tidak membuat permohonan pengampunan. Bukankah saya bertindak mengikut undang-undang sepertimana yang dikehendaki oleh Islam.

Kiyai: Ampun Tuan Gabenor yang bijaksana! Bolehkan Tuan memberikan saya sedikit peluang untuk memberikan sedikit pendapat saya yang masih jahil dalam undang-undang wilayah kita ini. Jika saya tersilap, saya harap Tuan mengampunkan saya.

Tuan Gabenor: Silakanlah wahai Pak kiyai. Saya sedia mendengarnya, semoga allah melapangkan dada saya dengan kata-kata kamu.

Kiyai : Alhamduliilah, terima kasih Tuan Gabenor yang pengasih, semoga Allah merahmati Tuan. Begini Tuan! Saya ingin bertanyakan sedikit soalan kepada Tuan.

Tuan Gabenor: Silakan Pak Kiyai (sambil menganguk)

Kiyai: Dulu, guru-guru kita sering berpesan bahawa “Dosa-dosa besar tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan orang itu bertaubat”. Tuan masih ingat pesanan guru tuan mengenai ini?.

Tuan Gabenor: Iya, saya masih ingat.

Kiyai: Tuan! Setahu saya, berzina itu adalah antara dosa-dosa besar yang Allah tidak akan ampunkan melainkan hambanya itu bertaubat. Benarkah begitu Tuan?

Tuan Gabenor: Iya, betul Pak Kiyai.

Kiyai: Tuan yang Bijaksana! Saya ingin Bertanya pada tuan lagi...

Tuan gabenor: silakan pak Kiyai.

Kiyai: Tuan yang bijaksana! Adakah Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang melakukan dosa besar jika orang itu tidak memohon pengampunan (bertaubat) dari Allah.

Tuan Gabenor: Tidak wahai Pak Kiyai, Allah tidak akan mengampunkannya melainkan dia bertaubat dan memohon pengampunan dariNya.

Kiyai: Tuan Gabenor yang pengasih! Maafkan saya untuk kata-kata saya kali ini....

Tuan gabenor: silakan Pak Kiyai...

Kiyai : Adakah Tuan lebih hebat dari Allah ?

Tuan gabenor: (Tuan gabenor tersentap dengan soalan Kiyai itu tetapi masih mampu bertenang) Pak kiyai.... Kenapa Pak Kiyai berkata sedemikian kepada saya. Sudah tentu Allah itu jauh lebih hebat dari saya....

Kiyai: Tuan gabenor yang bijaksana lagi mengasihani! Semoga Allah akan bukakan hati dan melapangkan dada tuan dengan kata-kata saya ini.... Tuan mampu mengampuni seseorang yang melakukan dosa besar di mana Allah sendiri pun tidak akan mengampunkan dia kecuali dia meminta pengampunan(bertaubat). Adakah Tuan lebih hebat dari Allah yang maha mengasihani lagi maha mengampuni itu.

Tuan Gabenor: Astaghfirullah hal azim...... Ya allah! Ampunilah aku kerana aku tidak menyedari aku telah melampaui kekuasaanmu... semoga engkau mengampuni dosa-dosa aku yang masih lemah dan mudah diperdaya.

Kiyai: Alhamdulillah, semoga allah mengampuni Tuan Gabenor. Allah itu maha pengasih lagi maha pengampun.

Tuan Gabenor: Alhamdulillah, Terima Kasih Pak Kiyai. Kalau tidak kerana Pak kiyai, sudah tentu saya mendapat kemurkaan Allah. (sambil memeluk pak Kiyai)

Kiyai : Tuan Gabenor! Satu perkara lagi saya ingin beritahu dan berpesan kepada tuan. Izinkan saya menyampaikan pesanan itu...

Tuan Gabenor: Silakan Pak kiyai yang dikasihi....

Kiyai : Tuan yang bijaksana! Tuan sebagai Ulil Amri adalah Amirul Mukminin, Tuan juga sebenarnya memegang amanah Allah untuk menjadi Amir ad-Daulah serta menjaga daulah agamaNya dan bukannya menjadi “Ketua Agama”. Saya sangat berharap Tuan memikirkan kata-kata saya ini... Maafkan saya tuan dengan kata-kata saya ini.... Tuan fikir-fikirkanlah maksud yang saya katakana itu. Semoga allah permudahkan tuan untuk memahami kata-kata saya tadi.

Wallah hu a’lam.... itulah kisah yang dihikayatkan kepada ana yang tak tahu sanad dan matanya benar atau tidak....